Saturday, 23 January 2016

SOAL JAWAB BERKENAAN DIABETES




S: Adakah pengambilan insulin menambahkan berat badan?
J: Tidak. Jika anda berhati-hati dengan pengambilan pamakanan anda, 
    ianya mungkin untuk tidak menjejaskan berat badan anda.

S: Apakah tujuan terapi insulin kepada penghidap diabetes?
J: Tujuan terapi insulin adalah mengeluarkan glukosa dari dalam 
   darah untuk masuk ke dalam sel-sel badan, di mana glukosa
   diperlukan untuk proses selular.

S: Apakah acanthosis nigricans?
J: Acanthosis nigricans merupakan satu masalah kulit yang mana kulit
   menjadi gelap, tebal dan seperti kain baldu di bahagian lipatan
   badan seperti di pangkal lengan, leher, pangkal paha dan antara
   sendi-sendi jari tangan serta kaki.

S: Apakah penyebab acanthosis nigricans?
J: Acanthosis nigricans berlaku disebabkan obesiti atau rintangan sel-
    sel dalam badan terhadap insulin.

S: Adakah acanthosis nigricans mempunyai kaitan dengan diabetes?
J: Ya, Acanthosis nigricans merupakan salah satu tanda tanda luaran
    kepada diabetes Jenis II.

S: Adakah diabetes Jenis 1 lebih berbahaya daripada diabetes Jenis 2?
J: Tidak. Pada kenyataannya, diabetes Jenis 2 lebih berbahaya kerana
    kemungkinan penghidap diabetes jenis 2 telah lama mempunyai
    masalah ini sebelum disahkan oleh doktor.

S: Bolehkah seseorang yang disahkan mempunyai pradiabetes
    mengelakkan daripada menghidap diabetes?
J: Ya, mereka boleh mengubah keadaan mereka dengan menurunkan
   berat badan melalui penjagaan pemakanan yang seimbang dan   
   senaman.

S: Adakah saya mempunyai risiko untuk menghidap diabetes jika ibu
    saya mempunya diabetes Jenis 2?
J: Ya, sejarah keluarga merupakan salah satu faktor kepada penyakit
   diabetes.

S: Adakah seseorang yang mempunyai paras gula dalam darah perlu
    memakai pam insulin?
J: Tidak semestinya. Pam insulin tidak bertindak secara automatik
    menormalkan paras gula dalam darah. Pesakit tetap perlu  
    membuat pemeriksaan paras gula secara berkala.

S: Adakah memakan buah-buahan pada kadar yang banyak baik untuk
    penghidap diabetes?
J: Buah-buahan merupakan sumber karbohidrat yang baik. Namun,
    pengambilan buah-buahan yang banyak akan menaikkan gula
    dalam darah kepada paras yang berbahaya untuk pesakit diabetes.

S: Adakah sakit-sakit badan dan rasa kebas merupakan tanda-tanda
    diabetes?
J: Ianya bergantung kepada tempat di mana rasa kebas itu dirasa.
    Diabetes yang tidak dikawal selalunya memberi impak kepada   
    hujung saraf untuk berfungsi dengan baik. Ini menyebabkan rasa
    kebas dirasa pada bahagian tangan dan kaki.

S: Berapa lamakah insulin mampu bertahan selepas dibuka?
J: Mengikut peraturan asas, majoriti insulin di dalam botol akan
    bertahan selama 28 hari. Jika anda tidak pasti, anda boleh bertanya
    kepada ahli farmasi anda.

S: Apakah tindakan berjaga-jaga yang lebih perlu dilakukan untuk
    penghidap diabetes apabila mereka selsema?
J: Apabila sakit, penghidap diabetes perlu lebih kerap memeriksa
    paras gula mereka kerana penyakit itu boleh meningkatkan paras
    gula itu. Mereka perlu memakan ubat diabetes seperti biasa. Jika
    mereka mengambil ubat-ubatan lain ketika sakit, mereka perlu
    merujuk pada doktor mereka tentang kesan ubat itu terhadap paras
    gula dalam darah mereka.

S: Adakah penghidap diabetes berisiko untuk menghidap dementia?
J: Penghidap diabetes lebih ramai yang menghidap dementia
    berbanding dengan orang normal. Tetapi, seorang penghidap
    diabetes tidak semestinya akan menghidap dementia.

S: Bagaimanakah penghidap diabetes ingin mengelakkan daripada
     masalah kaki?
J: Cara terbaik untuk mengawal diabetes adalah dengan mendapatkan
    maklumat daripada doktor mereka sendiri. Mereka perlu
    memastikan kaki mereka sentiasa bersih dan dilindungi,  memakai
    losyen sehingga ke tumit (bukan di antara jari-jari kaki) dan
    memakai kasut yang sesuai.

S: Adakah penghidap diabetes tidak boleh mengambil makanan
    mengandungi karbohidrat?
J: Tidak. Karbohidrat merupakan sumber tenaga untuk badan. Tetapi
    mereka perlu memantau jenis makanan yang mengandungi
    karbohidrat yang diambil.

S: Bilakah waktu yang sesuai untuk memeriksa gula dalam darah
    selepas makan?
J: Jika anda ingin melihat kesan pemakanan anda, anda boleh
    memeriksa kandungan gula dalam darah anda sebelum makan dan
    dua jam selepas makan. Perbezaan gula dalam darah yang ideal  
    akan meningkat tidak melebihi 40 mg/dl antara dua ukuran itu.

S: Berapa banyakkah karbohidrat yang boleh diambil oleh penghidap
    diabetes setiap hari?
J: Secara lazimnya, seorang penghidap diabetes boleh mengambil 45
    hingga 60 gram karbohidrat untuk setiap hidangan. Satu-satunya
    cara yang terbaik untuk mengetahui nilai karbohidrat yang boleh
    diambil adalah dengan selalu memeriksa kadar gula dalam darah
    anda.

S: Adakah cara pemakanan komersial sesuai untuk penghidap 
    diabetes?
J: Berkemungkinan boleh. Tetapi anda juga mungkin perlukan sedikit
    pengubahsuaian untuk memastikan cara pemakanan itu sesuai
    dengan kadar glukosa darah dan pengambilan ubat-ubatan diabetes
    anda.

S: Apakah makanan yang boleh dimakan sebanyak mungkin oleh
    penghidap diabetes?
J: Tiada. Walaupun makanan yang tidak berlemak, kalori akan
    bertambah.



No comments:

Post a Comment