Saturday, 30 January 2016

SENAMAN & DIABETES



SENAMAN DAN DIABETES


KENAPA SENAMAN ITU PENTING?
Senaman adalah penting untuk mengawal diabetes. Ia perlu dilakukan selalu dan hendaklah dijadikan sebagai satu amalan.

Senaman membantu:
  • Mengurangkan paras glukosa (gula) dalam darah
  • Mengingkatkan pengedaran darah
  • Mengawal berat badan
  • Menguatkan jantung
  • Mengatasi tekanan perasaan



BAGAIMANA HENDAK BERSENAM?
BERSENAM 
Senaman hendaklah dilakukan selalu dan dengan betul. Ia harus seimbang dengan makanan yang dimakan. Untuk mendapat kesan yang baik, seseorang itu perlu bersenam selama 20 hingga 30 minit setiap kali dan sebanyak 2 hingga 4 kali seminggu. Bersenam setiap hari adalah digalakkan.

Sesuatu senaman itu akan berkesan apabila kita melakukannya dengan giat sehingga ia menyebabkan kita bernafas dengan kuat tetapi tidak sampai tercungap-cungap atau semput. Denyutan nadi hendaklah meningkat sehingga 120-150 denyutan seminit.


JENIS SENAMAN YANG BAGAIMANA?

Jenis senaman yang dipilih bergantung kepada keadaan tubuh badan, umur dan pilhan. Ianya hendaklah yang menyeronokkan dan dipadankan dengan kehidupan seharian kita.

  • Senaman yang biasa dilakukan ialah:
  • Berjoging
  • Berenang
  • Menaiki basikal
  • Berjalan kaki dengan cepat (brisk walking)
  • Menaiki tangga
  • Lompat tali (skipping)
  • Bermain tenis, badminton dan lain-lain


Sebelum kita memulakan sebarang senaman, dapatkanlah nasihat doktor terlebih dahulu.

JOGGING


3 PERINGKAT SENAMAN

Setiap senaman perlu terdiri daripada:
  1. Memanaskan badan selama 10 minit dengan melakukan senaman regangan
  2. Melakukan senaman yang sebenar selama 20 hingga 30 minit seperti joginf, berenang atau menaiki basikal
  3. Diakhiri dengan menyejukkan badan selama 5 hingga 10 minit dengan melakukan senaman regangan


Petua ini hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan kecederaan.


INGAT!

  • Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan senaman
  • Mula secara perlahan-lahan kemudian tingkatkannya sedikit demi sedikit.
  • Pakailah kasut sukan yang sesuai dan selesa.
PAKAI KASUT SUKAN YANG SESUAI

  • Berpakaian sukan yang ringkas.
  • Jangan bersaing dan lakukan mengikut batasan dan keupayaan sendiri.
  • Jangan terus duduk selepas bersenam.
  • Keberkesanan sesuatu senaman itu tercapai apabila denyutan nadi mencapai 120 hingga 150 kali seminit.
PERIKSA DENYUTAN NADI

  • Jangan bersenam jika paras gula dalam darah adalah tinggi. Apabila bersenam, bawa bersama makanan bergula untuk mengelakkan berlakunya penurunan gula dalam darah ke paras yang sangat rendah. 

  • Jangan melakukan senaman
    • Bila cuaca sangat panas
    • Apabila badan kurang sihat
    • Dalam masa 2 jam selepas makan
    • Melebihi had dan kemampuan anda


  • Bersenam mengikut had yang ditetapkan oleh doktor anda


Perkara yang sangat penting yang perlu diingat sebelum memulakan sesuatu senaman ialah, mendapatkan nasihat doktor jika anda:
TIPS SENAMAN UNTUK DIABETES
  • Berumur lebih daripada 35 tahun
  • Tidak mengetahui keadaan kesihatan anda
  • Tidak pernah melakukan senaman sebelumnya






1 comment: