FAKTA DIABETES


ANATOMI PANKREAS SEBAGAI PENGHASIL INSULIN



LOKASI DAN FUNGSI PANKREAS

LOKASI PANKREAS

Panjang pankreas adalah kira-kira 10-20 cm dan mempunyai lebar kira-kira 2.5 cm. Pankreas terletak pada bahagian belakang abdomen dan di belakang perut. Kepala pankreas terletak pada bahagian kanan abdomen dan bersambung dengan duodenum (bahagian pertama usus kecil) melalui tiub kecil; saluran pankreas. Bahagian hujung kecil pankreas memanjang sehingga ke bahagian kiri badan.

Pankreas bertindak sebagai organ endokrin dan eksokrin yang memiliki dua fungsi iaitu:
1.    Menghasilkan enzim untuk sistem pencernaan (eksokrin)
2.    Menghasilkan beberapa hormon penting untuk badan (endokrin)

Fungsi pankreas sebagai organ endokrin disokong oleh pulau-pulau Langerhans. Pulau-pulau ini terdiri daripada tiga sel iaitu:
1.    Sel Alpha yang menghasilkan glukagon
2.    Sel Beta yang menghasilkan insulin

3.    Sel Deltha yang menghasilkan somatostatin


STRUKTUR PANKREAS


MEKANISMA KERJA INSULIN

Insulin adalah hormon yang penting untuk metabolisma dan penggunaan tenaga daripada nutrien diambil - terutamanya glukosa. Insulin adalah satu rangkaian protein atau hormon peptida. Terdapat 51 asid amino dalam molekul insulin. Ia mempunyai berat molekul 5808 Da.

Insulin mempunyai beberapa fungsi termasuk:
  1. Memberi isyarat kepada sel-sel di dalam hati, otot, dan tisu lemak untuk mengambil glukosa dari darah dan menukarkannya kepada glikogen yang boleh disimpan di dalam hati dan otot.
  2. Insulin juga menghalang penggunaan lemak sebagai sumber tenaga. Semasa  ketiadaan insulin atau apabila insulin berada pada tahap yang rendah dan glukosa tidak diserap oleh sel-sel badan, badan akan mula menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  3. Insulin juga mengawal system badan yang lain dan mengawal pengambilan asid amino oleh sel-sel badan
  4. Insulin mempunyai beberapa kesan anabolik pada badan


FUNGSI INSULIN


REMBESAN INSULIN

Insulin dihasilkan dalam kuantiti yang tertentu hanya dalam sel-sel beta di pankreas. Ia dirembeskan sebagai tindak balas kepada kepekatan glukosa dalam darah. Insulin boleh mengawal gula dalam darah dan badan dapat mengesan dan bertindak balas kepada kenaikan gula dalam darah dengan mengeluarkan insulin.


Rangsangan lain seperti penglihatan dan rasa makanan, rangsangan saraf dan peningkatan kepekatan darah pada molekul tenaga lain, termasuk asid amino dan asid lemak, juga menggalakkan rembesan insulin.

Mekanisma Kerja Insulin

DIABETES'


APA ITU DIABETES?






  • Penyakit kencing manis ataupun Diabetes melitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. 
  • Ini terjadi kerana badan hanya menghasilkan sedikit atau kurang insulin, hormon yang diperlukan untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain yang diperlukan untuk kehidupan seharian.
  • Mengapa anda perlu mengambil berat tentang diabetes?Klik disini





JENIS-JENIS DIABETES

       1. Diabetes Jenis 1
  • Juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. 
  • Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. 
  • Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat tanda-tanda penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. 
  • Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

       2. Diabetes Jenis 2
  • Boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang kurang. 
  • Boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat. 
  • Suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius kepada pesakit.
 

       3. Diabetes Semasa Mengandung
  • Kandungan glukos dalam badan yang tidak normal dapat dikesan ketika mengandung. 
  • Jika tidak dikawal dengan baik, kandungan dan bayi boleh berada dalam bahaya. 
  • Ketika mengandung, ibu akan diminta untuk menjalani ujian dimana ibu mengandung akan diberi minum minuman glukosa yang ditetapkan setelah berpuasa semalaman. 
  • Darah akan diambil sebelum minuman glukos diminum dan satu jam atau dua jam selepas. 
  • Kadar glukosa yang tidak normal diistilahkan sebagai ‘Diabetes Semasa Mengandung’. 
  • Untuk memastikan kadar glukos yang normal, kawalan pemakanan diperlukan. Jika tidak, kadar glukos dalam darah perlu dikawal dengan suntikan insulin. 
  • Ibu mengandung yang menghidap ‘Diabetes Semasa Mengandung’ mempunya risiko untuk menghidapi ‘Diabetes Jenis 2’.

 
APA ITU PRADIABETES?

Majoriti besar penghidap diabetes Jenis 2 pada awalnya mempunyai pradiabetes. Kadar glukosa dalam darah mereka melebihi paras normal, tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnosiskan sebagai diabetes. Sel-sel dalam badan mulai tahan kepada insulin. 

Kajian menunjukkan pada tahap pradiabetes, kerosakan pada sistem peredaran darah dan jantung mungkin sudah berlaku.




ULSER DIABETES


Siapakah yang berisiko tinggi untuk menghidap diabetes Jenis 1?
  • Adik beradik kepada penghidap diabetes Jenis 1. 
  • Anak kepada penghidap diabetes Jenis 1.
 

Siapakah yang berisiko tinggi untuk menghidap diabetes Jenis 2?
 
  • Orang yang mempunyai rekod keturunan penghidap diabetes. 
  • Orang yang mempunyai berat badan melebihi paras normal. 
  • Orang yang kurang melakukan aktiviti fizikal. 
  • Orang yang didiagnosiskan mempunyai:
    1. Darah tinggi.
    2. Kolesterol dalam darah yang tinggi. 
    3. Keguguran kandungan yang kerap dan pernah melahirkan bayi yang besar (melebihi 4 kg). 
    4. Rekod sindrom ovari polisistik. 
    5.  Pradiabetes.



TANDA-TANDA DIABETES

Diabetes Jenis 1

  • Kerap kencing. 
  • Dahaga yang luar biasa. 
  • Selalu lapar. 
  • Penurunan berat badan yang mengejut. 
  • Selalu penat. 
  • Cepat marah.

Diabetes Jenis 2
Mana-mana simptom diabetes Jenis 1 ditambah..

  • Jangkitan yang kerap
  • Pandangan kabur
  • Luka/lebam yang sukar sembuh
  • Kebas pada tangan atau kaki
  • Jangkitan pundi kencing, gusi dan kulit yang berulang-ulang

SIMPTOM DIABETES


BAGAIMANA INGIN MELAKUKAN PEMERIKSAAN DIABETES?

  • Diabetes boleh dikesan dengan menjalankan ujian air kencing, untuk menentukan kadar glukosa dalam badan. 
  • Ini biasanya disokong oleh ujian darah, yang mengukur paras glukosa darah dan boleh mengesahkan jika punca gejala-gejala anda adalah diabetes.


BAGAIMANA UNTUK MENENTUKAN SAMA ADA ANDA MEMPUNYAI DIABETES, PRADIABETES ATAU TIDAK?

Doktor boleh menentukan sama ada pesakit mempunyai metabolisme normal, pradiabetes atau diabetes menggunakan salah satu daripada tiga cara:
  • Ujian A1C
1.    Sekurang-kurangnya 6.5% - Diabetes
2.    Antara 5.7% hingga 5.99% - Pradiebetes
3.    Kurang daripada 5.7% - Normal
  • Ujian FPG
1.    Sekurang-kurangnya 126 mg/dl – Diabetes
2.    Antara 100 mg/dl hingga 125.99 mg/dl – Pradiabetes
3.    Kurang daripada 100 mg/dl – Normal
  • Ujian OGT
1.    Sekurang-kurangnya 200 mg/dl – Diabetes
2.    Antara 100 mg/dl hingga 199 mg/dl – Pradiabetes
3.    Kurang daripada 100 mg/dl – Normal

 

KOMPLIKASI DIABETES

Penyebab & Kesan Diabetes



STATISTIK PENGHIDAP DIABETES DI MALAYSIA MENINGKAT DARI TAHUN KE TAHUN !!

STATISTIK DIABETES MELEBIHI 18 TAHUN



STATISTIK DIABETES MELEBIHI 30 TAHUN


BUTA GARA-GARA DIABETES

PENGHIDAP DIABETES TERTINGGI

DUNIA DIANCAM DIABETES

No comments:

Post a Comment