- Menjaga
corak pemakanan yang sihat.
- Bersenam
dan Olahraga dapat membantu mencegah sembelit.
- Jika
pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun
dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di
kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung di rektum.
- Hembuskan
nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan
menahan nafas anda.
- Dapatkan
rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir
selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
- Jadikan
sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika
pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang
tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat
membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
- Elakan
’meneran’ terlalu kuat semasa membuang air besar, ini dapat dicegahkan dengan
memastikan najis anda sentisa lembut dan juga dengan duduk secara ’mencangkung’
semasa membuang air besar. Membuang air besar secara duduk adalah tidak
melancarkan proses defekasi dan anda perlu meneran lebih kuat untuk
mengeluarkan semua najis anda.
- Jika
langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu
keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila
menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.
Thursday, 4 February 2016
PENCEGAHAN BUASIR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment