CIKU
- Tumbuk dan campurkan ciku yang belum cukup tua ke dalam sedikit air panas dan garam.
- Amalkan meminum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan.
@
- Rebus 7 biji ciku muda sebesar ibu jari.
- Amalkan meminum air rebusan tersebut setiap pagi.
TAPAI UBI
- Amalkan memakan tapai yang dicampur gula pasir.
KULIT MANGGIS
- Basuh kulit manggis dan jemur sehingga kering.
- Rebus kulit yang telah kering di dalam 5 gelas air sehingga air tinggal kira-kira secawan sahaja.
- Amalkan meminum air rebusan tersebut.
TOMATO HAMPIR MASAK
- Goreng sebiji tomato yang hamper masak dengan sedikit minyak.
- Biarkan sejuk dan sapu pada bahagian buasir.
- Amalkan petua ini sehingga buasir anda pulih.
TIMUN/MENTIMUN
- Keluarkan biji daripada beberapa biji timun.
- Amalkan memakan biji timun tersebut setiap pagi dan malam.
DELIMA
- Amalkan memakan buah ini.
TERUNG SUSU KAMBING
- Amalkan memakan terung ini.
MINYAK BELUT
- Sapukan minyak belut pada daun sirih yang telah disalai.
- Tempelkan pada bahagian buasir.
- Amalkan sekali setiap hari sama ada setiap pagi atau petang.
AKAR LIMAU NIPIS
- Cuci 15-20g akar limau nipis dan 10-15g daun ungu.
- Rebus kedua bahan dengan 3 gelas air sehingga mendidih dan berbaki 1 gelas air.
- Amalkan meminum air rebusan tersebut ½ gelas sehari.
BAYAM DURI
- Ambil daun dan batang bayam duri segar secukupnya.
- Cuci bersih dan rebus hingga mendidih, kemudian angkat dari tempat perebusan.
- Wap yang keluar digunakan untuk menguwapi buasir, sedangkan air rebusan yang masih panas digunakan untuk merendam buasir.
DAUN DUDUK
- Ambil 20 gram daun duduk segar, bersihkan, lalu direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit.
- Setelah sejuk, ditapis.
- Minum air rebusan sekaligus.
- Lakukan setiap hari.
DAUN SETAWAR
- Ambil 25 gram daun setawar segar.
- Bersihkan lalu direbus dengan 2 gelas air hingga berbaki separuh. Setelah sejuk, ditapis.
- Minum air rebusan sekaligus.
- Lakukan setiap hari sehingga buasir sembuh.
KANGKUNG
- Ambil kangkung secukupnya, bersihkan dan masukkan garam secukupnya.
- Lumatkan sampai halus.
- Letakkankan campuran tersebut pada bahagian yang sakit.
PEGAGA
- Sediakan 50 gram pegaga segar bersama akarnya.
- Cuci bersih, rebus dalam 2 gelas selama 15 minit.
- Setelah sejuk, kemudian ditapis.
- Minum air rebusan sekaligus.
- Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
JUS PRUNE
- Amalkan meminum jus buah ini.
SUNKIST
- Jadikan sebagai jus yang suam.
- Amalkan setiap pagi.
EPAL FUJI
- Amalkan memakan buah ini.
AIR KOSONG
- Minum banyak air masak setiap hari.
LIDAH BUAYA
- Rebus lendir lidah buaya bersama kunyit muda.
- Amalkan minuman ini setiap pagi dan petang.
DAUN UNGU
- Bancuh 3 helai daun ungu bersama 2 cekur kunyit di dalam 1 gelas air panas.
- Amalkan meminum bancuhan ini segelas setiap pagi dan petang.
MANJAKANI
- Kisar kering 500g manjakani dan tampalkan pada bahagian buasir.
- Masukkan 500g manjakani ke dalam nasi yang hampir masak dan makan sebiji sehari.
BUAH NAGA
- Amalkan memakan buah ini untuk melancarkan sistem pencernaan anda dan mencegah sembelit.
BELIMBING
- Amalkan memakan buah ini untuk melancarkan proses pembuangan tinja anda.
PIR HIJAU
- Amalkan memakan buah iniuntuk melancarkan sistem pencernaan.
SAYURAN & BUAHAN TINGGI SERAT
Amalkan
sayuran dan buahan yang tinggi serat lain untuk melancarkan sistem pencernaan
anda.
No comments:
Post a Comment