Thursday, 4 February 2016

APA ITU BUASIR?



APA ITU BUASIR


JENIS-JENIS BUASIR

1. Buasir dalaman

TITISAN DARAH
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. 

Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

BANTUAN PERUBATAN


2. Buasir luaran
SAKIT DI BAHAGIAN DUBUR
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. 

Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir, adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. 

Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

JENIS BUASIR


PERINGKAT-PERINGKAT BUASIR

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali masuk ke dalam dubur.

DITOLAK DENGAN JARI
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, contohnya ditolak dengan jari.



Tahap 4
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan sukar untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Pada tahap ini, anda akan merasa sangat sakit dan perlu dibedah.

PERINGKAT BUASIR


MASALAH ANOREKTOR LAIN

  • Anal Fissure (luka pada lubang dubur)
  • Fistula
  • Skin Tag
  • Abscess
  • Condyluma
  • Proritus Ani

ABSCESS

FAKTOR BUASIR

MAKANAN BERSERAT
BERAT BADAN BERLEBIHAN
  • Regangan yang optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut terasa seperti dipulas-pulas.
  • Cirit birit kronik.
  • Kurang pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan 
  • Tekanan pada saluran venus di bahagian anus dan rektum
  • Tekanan di dalam perut
  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
  • Sembelit
  • Berat badan berlebihan
  • Mengandung




TANDA-TANDA BUASIR

    SUKAR MEMBUANG AIR BESAR
  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
  2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan pada bahagian tersebut.
  3. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
  4. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
  5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.


Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. 
Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
    KANSER
  1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
  2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
  3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
  4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.


No comments:

Post a Comment