PETUA DIABETES NENEK MOYANG
Rawatan serta
herba-herba tradisional telah digunakan sejak dahulu untuk merawat dan mencegah
pelbagai penyakit. Rawatan ini tidak memerlukan kos yang tinggi serta senang
disediakan. Begitu juga dengan penyakit kencing manis atau diabetes melitus.
Selain menggunakan ubat-ubatan
dan suplemen daripada hospital dan farmasi, anda juga boleh menggunakan petua
tradisional ini untuk mengawal paras gula dalam darah serta merawat penyakit
diabetes anda:
1. Daun
sirih
·
Rebuskan
10 helai daun sirih bersama 5 ulas bawang merah di dalam 5 gelas air.
·
Sejukkan
air rebusan tersebut dan minum.
·
Amalkan
setiap pagi sebelum bersarapan dan setiap petang.
2. Akar patawali
· Tumbuk
kira-kira 2 inci akar patawali sehingga lumat.
·
Masukkan
akar patawali yang telah ditumbuh
ke dalam setengah gelas air sejuk.
·
Tapis
dan minum air tersebut.
·
Amalkan
setiap pagi dan petang.
3. Kulit pokok petai
·
Rebuskan
kulit pokok petai sebesar tapak tangan dan biarkan mendidih sehingga air
menjadi kehitaman
·
Minum
air rebusan tersebut
·
Amalkan
segelas sehari sekali
4. Buah petai
·
Rebuskan
5 biji buah petai sehingga empuk
·
Minum
air rebusan kira-kira setengah gelas
·
Amalkan
sekali sehari
·
Buah
petai boleh diambil 2-3 biji setiap kali hidangan
5. Pucuk petai siam
·
Jadikan
ulam setiap kali hidangan
6. Peria
·
Rebuskan
peria dan tapis air rebusan tersebut
·
Minum
ar rebusan tersebut
·
Amalkan
sekali sehari
·
Juga
boleh dikisar dan dijadikan jus
7. Bendi
·
Potong
2 biji bendi dalam saiz yang besar dan masukkan ke dalam secawan air panas
·
Tutup
cawan tersebut dan biarkan sehingga suam
·
Minum
air rendaman bendi tersebut
8. Asam gelugur keping
·
Rebuskan
asam gelugur keping dan minum air rebusan tersebut
9. Akar manggis
·
Rebuskan
kira-kira sejengkal akar manggis di dalam 3 gelas air
·
Biarkan
rebusan sehingga air tinggal kira-kira ¼ daripada isipadu awalnya
·
Minum
air rebusan sebanyak ¼ cawan
10. Kayu tebu gajah (tidak digalakkan untuk pesakit darah rendah)
·
Rebuskan
3 kerat kayu tebu gajah
·
Minum
air rebusan tersebut
11. Dedalu yang tumbuh pada pokok limau nipis
·
Rebuskan
dedalu tersebut dan minum air rebusannya
12. Buah dan biji kurma
·
Tumbukkan
kedua-dua buah dan biji kurma dan makan
13. Kulit kayu manis
·
Asah
kulit kayu manis tersebut dan minum air tersebut
14. Akar nipah
·
Rebuskan
akar nipah dan minum air rebusan
15. Akar lalang
·
Rebus
segenggam akar lalang dan minum air rebusan tersebut
16. Pelepah betik yang berwarna kuning
·
Rebus
3 pelepah betik tersebut dan minum air rebusannya
17. Isi kelapa hijau
·
Rebuskan
isi kelapa hijau bersama 7 batang serai di dalam air
·
Biarkan
mendidih
·
Minum
air rebusan tersebut ketika suam
·
Amalkan
1 gelas 3 kali sehari
18. Pucuk pegaga
·
Jadikan
ulam setiap kali hidangan
19. Daun dan akar pegaga
·
Rebuskan
30 helai daun pegaga bersama akarnya di dalam 2 cawan air
·
Biarkan
sehingga sejuk
·
Minum
air rebusan tersebut
·
Amalkan
2 kali sehari
20. Kacang buncis
·
Rebus
½ kg kacang buncis di dalam 2 gelas air
·
Tapis
air rebusan dan minum
·
Amalkan
setiap pagi dan malam sebelum tidur
21. Daun selasih
·
Jadikan
ulam setiap kali hidangan
22. Kunyit
·
Rebuskan
satu cekur kunyit bersama setengah senduk garam di dalam 1 liter air
·
Tapis
air rebusan tersebut dan biarkan sejuk
·
Minum
setengah gelas
·
Amalkan
2 kali seminggu
23. Daun durian belanda
·
Rebus
15 helai daun durian belanda bersama 7 helai daun sirih merah di dalam 2 gelas
air sehingga air rebusan tinggal kira-kira 1 cawan
·
Biarkan
sehingga sejuk dan tapis air rebusan
·
Minum
air rebusan yang telah ditapis
·
Amalkan
2 kali sehari
24. Ginseng
·
Gunakan
mengikut citarasa anda
Rawat Diabetes Dengan Makanan
slm
ReplyDeleteSalam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
ReplyDeletejom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan