Sunday, 31 January 2016

DIABETES: PANDUAN KEHAMILAN

PANDUAN KEHAMILAN UNTUK PENGHIDAP DIABETES

SIAPA YANG BERISIKO?

  • Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa pemeriksaan kehamilan.
  • Berlebihan berat badan.
  • Mempunyai ibu bapa yang menghidap diabetes.
  • Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4 kg.
  • Berumur melebihi 35 tahun.
  • Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat.
  • Pernah menghidap diabetes semasa kehamilan lalu.
  • Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini.
  • Pernah hamil bayi yang lebih besar dari usia kehamilan.

BAYI YANG BESAR


APAKAH KESAN DIABETES KEPADA IBU & BAYI JIKA TIDAK DIRAWAT?

Kesan kepada ibu
  • Hiper/hipoglikemia (kandungan glukosa yang kurang atau berlebihan dalam darah).
  • Jangkitan kuman di vagina yang kerap.
  • Keguguran.
  • Polyhydramnios (air mentuban berlebihan).
  • Preeklampsia (hipertensi teruk).
  • Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang.


KEGAGALAN BUAH PINGGANG


KESAN DIABETES PADA BAYIKesan kepada bayi

  • Berat bayi melebihi 4 kg.
  • Mati dalam kandungan (IUD).
  • Hipoglikemia ( kurang glukos dalam darah ).
  • Lemas ketika lahir.
  • Kecederaan pada saraf di bahagian bahu.



APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Jika puan menghidap diabetes sebelum hamil, puan perlu:
  1. Dapatkan kaunseling pra kehamilan. Berbincanglah dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan.
  2. Mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada pada tahap normal.
  3. Memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan mendapat pemeriksaan awal kehamilan. 

Semasa hamil, puan perlu:
  1. Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan.
  2. Mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan.
  3. Amalkan kebersihan diri.
  4. Ambil pemakanan yang disarankan untuk pesakit diabetes.
  5. Pemeriksaan paras glukosa berkala di rumah.

PEMERIKSAAN KEHAMILAN



PUAN PERLU BERSALIN DI HOSPITAL

Tips untuk ibu mengandung diabetik

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Puan perlu:
  • Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif.
  • Menyusu bayi dengan susu ibu.
  • Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin.
  • Mengamalkan pemakanan seimbang.
  • Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan.
  • Meneruskan suntikan insulin jika perlu.
SUNTIKAN INSULIN


No comments:

Post a Comment