SENDI
CHARCOT
Sendi Charcot, juga
dikenali sebagai ‘arthropathy neuropathic’, berlaku apabila sendi bermasalah
kerana masalah dengan saraf. Jenis neuropati ini paling kerap berlaku pada
kaki.
Dalam kes tipikal sendi
Charcot ini, kaki kehilangan sebahagian deria. Penghidap neuropati ini tidak lagi
merasa sakit pada kaki dan kehilangan keupayaan untuk mengesan kedudukan sendi.
Selain itu, otot mereka kehilangan keupayaan untuk menyokong sendi dengan baik.
Kaki menjadi tidak stabil, dan bertambah teruk apabila berjalan.
Kecederaan, seperti buku
lali berpintal, boleh menyebabkan keadaan ini bertambah buruk. Sendi akan bergesel
pada tulang. Hasilnya ialah keradangan, yang membawa kepada ketidakstabilan dan
menyebabkan terkehel. Akhir sekali, struktur tulang kaki akan musnah. Selalunya,
kaki akan sembuh dengan sendiri, tetapi kerana tulang telah pecah, ia sembuh
menjadi kaki yang cacat.
Orang yang berisiko untuk
menghidap sendi Charcot adalah mereka yang sudah menghidap neuropati. Mereka
perlu sedar akan tanda-tanda seperti:
- bengkak
- kemerahan
- kepanasan
- nadi kuat
- kaki tidak sensitif
Rawatan awal boleh menghentikan kemusnahan tulang dan
membantu penyembuhan.
NEUROPATI
TENGKORAK
Neuropati tengkorak
memberi kesan kepada 12 pasang saraf yang bersambung dengan otak dan kawalan penglihatan,
pergerakan mata, pendengaran, dan rasa.
Selalunya, neuropati
tengkorak memberi kesan kepada saraf yang mengawal otot mata. Neuropati ini
bermula dengan rasa sakit pada sebelah muka berhampiran mata yang terjejas.
Kemudian, otot mata menjadi lumpuh. Hasilnya, penglihatan berganda. Tanda-tanda
jenis neuropati ini biasanya akan baik atau hilang dalam masa 2 atau 3 bulan.
MONONEUROPATI
MAMPATAN
Mononeuropati mampatan
berlaku apabila saraf tunggal rosak. Ini
adalah neuropati yang biasa dialami. Terdapat seolah-olah dua jenis kerosakan
pada neuropati ini. Yang pertama, saraf dihapuskan pada tempat-tempat laluannya
seperti saluran yang ketat atau seketul tulang. Saraf pesakit diabetes lebih
terdedah kepada kecederaan mampatan. Jenis kedua ialah kerosakan saraf apabila
penyakit saluran darah yang disebabkan oleh diabetes menyekat aliran darah ke
sebahagian saraf.
Sindrom ‘carpal tunnel’
adalah mononeuropati mampatan yang paling biasa berlaku. Ia berlaku apabila saraf
median lengan dimampatkan pada pergelangan tangan. Tanda-tanda neuropati jenis
ini termasuk kebas, bengkak, atau rasa mencucuk-cucuk di jari dengan atau tanpa
rasa sakit ketika memandu kereta, mengait, atau berehat pada waktu malam. Dengan
merehatkan lengan anda biasanya dapat menghentikan kesakitan dalam tempoh
beberapa minit. Jika gejala-gejala yang lebih teruk berlaku, pembedahan akan
dijalankan untuk melegakan kesakitan.
NEUROPATI
FEMORAL
Neuropati femoral berlaku
paling kerap pada penghidap diabetes jenis 2. Kesakitan akan bermula pada bahagian
hadapan satu paha, diikuti dengan kelemahan otot. Sejenis neuropati lain yang
juga memberi kesan kepada kaki dipanggil ‘amyotrophy’ kencing manis. Dalam kes
ini, kedua-dua belah badan akan lemah, tetapi tidak ada rasa sakit. Doktor juga
tidak memahami mengapa ia berlaku, tetapi penyakit saluran darah mungkin
menjadi punca.
NEUROPATI
FOKAL
Neuropati fokal memberi kesan
kepada saraf atau kumpulan saraf yang menyebabkan kelemahan secara tiba-tiba
atau sakit. Ia boleh menyebabkan penglihatan berganda, dan lumpuh di sebelah
muka yang dipanggil ‘Bell’s palsy’, atau sakit pada bahagian depan paha atau
bahagian-bahagian badan yang lain.
THORACIC
/ LUMBAR RADICULOPATHY
‘Thoracic’ atau ‘Lumbar
Radiculopathy’ adalah salah satau mononeuropati biasa yang lain. Ia seperti neuropati
femoral, kecuali ia berlaku dalam batang tubuh. Neuropati ini memberi kesan pada
dada atau abdomen pada satu atau kedua-dua belah bahagian. Keadaan ini berlaku
lebih kerap pada penghidap diabetes jenis 2. Seperti mononeuropati biasa, neuropati
ini sembuh dengan sendiri.
PENURUNAN
KAKI UNILATERAL
No comments:
Post a Comment