Saturday, 30 January 2016

PANDUAN PENGURUSAN HIPOGLISEMIA & HIPERGLISEMIA



Apa itu HIPOGLISEMIA?

Satu keadaan di mana paras GULA DARAH terlalu rendah iaitu kurang daripada 3.9 mmol/l. Ini mungkin berlaku kerana anda:

  • Terlebih makan ubat Diabetes atau menyuntik terlalu banyak Insulin.
  • Kurang makan atau terlewat makan.
  • Tidak makan selepas makan ubat atau selepas menyuntik Insulin.
  • Bersenam atau bersukan denganperut kosong.
  • Melakukan aktiviti aktiviti fizikal yang berlebihan contohnya membuat kerja rumah seperti mambasuh lantai.



TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA

TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA 


APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA HIPOGLISEMIA BERLAKU?

Langkah 1:

  1. Segera ambil minuman manis seperti setengah gelas air sirap / glukos / jus buah-buahan ataupun makanan manis seperti gula-gula / 2 sudu the gula / sirap.
  2. Selepas 15 minit, periksa semula bacaan paras gula anda.
  3. Sekiranya tiada perubahan, ulang langkah di atas. Langkah ini boleh diulang sebanyak 3 kali sahaja dalam masa 1 jam. Sekiranya masih tiada perubahan, segera ke klinik atau hospital berdekatan.


Langkah 2:

Sebaik sahaja anda berasa lebih seihat, makan makanan yang mengandungi karbohidrat dan lambat hadam seperti roti, biskut, bijirin atau nasi. Ini akan mencegah penurunan gula darah.


BAGAIMANA MENCEGAH HIPOGLISEMIA?

  • Ambil ubat mengikut dos dan waktu yang disyorkan.
  • Amalkan waktu makan yang tetap. Jika waktu makan dilambatkan, ambil sedikit makanan atau minuman dahulu sebagai alas perut.
  • Ambil makanan ringan (contoh: 2-3 keping biskut / sekeping roti tinggi serat) sebelum melakukan senaman atau bersukan sekiranya bacaan paras gula 4-5 mmol/l.


UBAT DIABETES


PERINGATAN!!
ANDA DINASIHATKAN SUPAYA JANGAN PERGI
KE MANA-MANA TANPA MEMBAWA GULA-GULA
ATAU BISKUT BERSAMA ANDA.



APA ITU HIPERGLISEMIA?

Paras gula darah akan menjadi terlalu tinggi jika anda tidak mengawal gula darah dengan baik. Keadaan inidipanggil HIPERGLISEMIA.

Paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sedangkan insulin badan tidak mencukupi apabila anda:

  • Lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.
  • Tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
  • Tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman / infeksi, komplikasi vascular strok, serangan jantung atau menghadapi tekanan, di mana badan anda memerlukan lebih banyak suntikan insulin.
  • Tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.
  • Memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti psychotic.

 BERSENAM

TANDA-TANDA HIPERGLISEMIA

TANDA-TANDA HIPERGLISEMIA


APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA HIPERGLISEMIA BERLAKU?

  1. Imbangkan pengambilan makanan, senaman dan ubat untuk memperoleh kawalan gula darah yang baik.
  2. Jika anda mengalami pernafasan yang cepat, mengantuk atau bau nafas anda seperti buah (ketotic breath), segera hubungi klinik/hospital berdekatan.


BAGAIMANA MENCEGAH HIPERGLISEMIA?

  • Ambil ubat seperti yang diarahkan doctor.
  • Patuhi rancangan pemakanan anda.
  • Bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu (20-30 minit setiap sesi)
  • Minum air dengan secukupnya.
  • Awasi kesihatan anda dengan membuat ujian paras gula darah secara berkala.
  • Merawat infeksi/jangkoitan kuman dengan cepat seperti infeksi di kulit, respiratori dan saluran air kencing.

PERIKSA GULA DARAH 
 PIRAMID MAKANAN



No comments:

Post a Comment