Buah pinggang adalah
organ yang luar biasa. Di dalamnya terdapat berjuta-juta saluran darah kecil
yang bertindak sebagai penapis. Tugas buah pinggang adalah untuk membuang bahan
buangan daripada darah.
Kadangkala sistem
penapisan ini rosak. Diabetes boleh merosakkan buah pinggang dan menyebabkan ia
gagal berfungsi. Kegagalan buah pinggang menyebabakan buah pinggang kehilangan
keupayaan untuk menapis bahan buangan, menyebabkan penyakit buah pinggang.
Bagaimana
Diabetes Menyebabkan Penyakit Buah Pinggang?
Apabila badan kita
mencerna protein yang dimakan, proses ini menghasilkan bahan buangan. Di dalam
buah pinggang, berjuta-juta saluran darah yang kecil (kapilari) dengan
lubang-lubang yang lebih halus bertindak sebagai penapis. Semasa darah mengalir
melalui saluran darah, molekul kecil seperti bahan buangan ini keluar melalui lubang-lubang.
Produk-produk sisa ini menjadi sebahagian daripada air kencing. Bahan-bahan
yang berguna, seperti protein dan sel-sel darah merah, terlalu besar untuk
melalui lubang-lubang dalam penapis tersebut dan kekal di dalam darah.
Diabetes boleh merosakkan
sistem penapisan ini. Tahap gula darah yang tinggi membuatkan buah pinggang menapis
terlalu banyak darah. Semua kerja-kerja tambahan ini adalah sukar bagi penapis
tersebut. Selepas bertahun-tahun, ia akan mula bocor dan protein yang berguna akan
hilang melalaui air kencing. Air kencing yang terdapat sejumlah kecil protein didalamnya
dipanggil microalbuminuria.
Apabila penyakit buah
pinggang didiagnosis awal, semasa microalbuminuria, beberapa rawatan boleh mencegah
penyakit buah pinggang menjadi lebih teruk. Jumlah protein dalam air kencing
yang lebih besar dipanggil macroalbuminuria. Apabila penyakit buah pinggang didiagnosis
semasa macroalbuminuria, tahap akhir penyakit buah pinggang, atau ESRD,
biasanya akan berlaku.
Dalam masa itu, tekanan daripada
kerja yang terlalu banyak menyebabkan buah pinggang kehilangan keupayaan untuk
menapis. Bahan buangan akan mula terkumpul di dalam darah. Akhirnya, buah
pinggang gagal berfungsi. Kegagalan buah pinggang, ESRD, adalah sangat serius. Penghidap
ESRD perlu menjalani pemindahan buah pinggang atau penapisan darah oleh mesin
(dialisis).
Siapakah
Yang Berisiko?
Tidak semua orang yang
menghidap diabetes mendapat penyakit buah pinggang. Faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi risiko penyakit buah pinggang termasuk genetik, kawalan gula darah
dan tekanan darah.
Semakin baik pengurusan
kencing manis dan tekanan darah, lebih rendah risiko untuk mendapat penyakit
buah pinggang.
Apakah
Tanda-Tanda?
Buah pinggang bekerja
keras untuk menggantikan fungsi kapilari jadi penyakit buah pinggang tidak
menunjukkan sebarang simptom sehingga hampir semua fungsi buah pinggang hilang.
Selain itu, tanda-tanda penyakit buah pinggang tidak khusus. Gejala pertama
penyakit buah pinggang ialah cecair sering dihasilkan. Gejala-gejala lain
penyakit buah pinggang termasuk tidak dapat tidur, kurang selera makan, sakit
perut, lemah, dan kesukaran menumpukan perhatian.
Penting bagi anda untuk
berjumpa doktor secara berkala. Doktor boleh memeriksa tekanan darah, air
kencing (untuk protein), darah (untuk bahan buangan), dan organ-organ untuk
komplikasi lain bagi penyakit kencing manis.
Bagaimana
Saya Boleh Mengelakkannya?
Penyakit buah pinggang yang
disebabkan oleh diabetes boleh dicegah melalui pengawalan gula darah dalam
julat sasaran anda. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengurusan gula dalam
darah yang ketat mengurangkan 1/3 daripada risiko. Bagi mereka yang sudah mempunyai
microalbuminuria, risiko untuk mendapat macroalbuminuria telah kurang kepada
1/2. Kajian-kajian lain telah mencadangkan bahawa kawalan ketat gula dalam
darah boleh menerbalikkan keadaan microalbuminuria.
Rawatan
untuk Penyakit Buah Pinggang
Penjagaan
diri
Rawatan yang penting bagi penyakit buah pinggang
adalah kawalan ketat glukosa darah dan tekanan darah. Tekanan darah memberi
kesan dramatik pada kadar penyakit ini merebak. Walaupun hanya dengan peningkatan
sederhana dalam tekanan darah, keadaan ini boleh membuatkan penyakit buah
pinggang semakin teruk. Empat cara untuk menurunkan tekanan darah anda iaitu
- mengurangkan berat badan
- kurangkan pengambilan garam
- mengelakkan alkohol dan tembakau
- kerap bersenam
Dadah
Apabila kaedah di atas
gagal, ubat-ubatan tertentu mungkin dapat menurunkan tekanan darah. Terdapat
beberapa jenis ubat-ubatan untuk tekanan darah, bagaimanapun, tidak kesemuanya
sesuai untuk pesakit diabetes. Sesetengah meningkatkan tahap gula dalam darah
atau melindungi beberapa gejala gula darah rendah. Doktor biasanya akan memberi
pesakit diabetes ubat tekanan darah yang dikenali sebagai perencat ACE.
Perencat ACE dicadangkan
untuk kebanyakan orang yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan
penyakit buah pinggang. Kajian terbaru menunjukkan bahawa perencat ACE, termasuk
captopril dan enalapril, akan merencatkan penyakit buah pinggang di samping
menurunkan tekanan darah. Malah, ubat-ubatan ini berguna walaupun pada orang
yang tidak mempunyai tekanan darah tinggi.
Diet
Satu lagi rawatan yang
digunakan oleh doktor untuk macroalbuminuria adalah diet rendah protein.
Protein seolah-olah meningkatkan kerja yang perlu dilakukan oleh buah pinggang.
Diet rendah protein boleh mengurangkan kehilangan protein melalui air kencing
dan meningkatkan tahap protein dalam darah. Jangan sekali-kali memulakan diet
rendah protein tanpa berbincang dengan doctor anda.
Kegagalan
Buah Pinggang
Apabila buah pinggang
gagal berfungsi, dialisis diperlukan. Pesakit mestilah memilih sama ada untuk
meneruskan dialisis atau menjalankan pemindahan buah pinggang. Pilihan ini
perlu dibuat sebagai usaha berpasukan. Pasukan itu perlulah melibatkan doktor,
seorang pakar nefrologi (doktor buah pinggang), seorang pakar bedah pemindahan
buah pinggang, seorang pekerja sosial, dan ahli psikologi.
No comments:
Post a Comment