Penafian adalah suara dalam
diri anda mengulangi: ". Bukan saya" Kebanyakan orang melalui keadaan
ini ketika mereka pertama kali didiagnosis dengan diabetes. "Saya tidak
percaya. Mesti ada beberapa kesilapan," kata mereka.
Reaksi pertama itu tidak
menjadi masalah sebenar. Malah, ia begitu umum dan sesetengah doktor fikir ia
adalah sebahagian daripada proses untuk menerima diagnosis.
Masalah sebenar muncul
apabila anda terus menafikan diabetes anda. Penafian jangka panjang menghalang
anda daripada belajar apa yang anda perlu tahu untuk menjaga kesihatan anda.
MENGAPA MENAFIKAN?
Kadangkala penafian
mempunyai kegunaan. Ia adalah satu cara menghadapi berita kurang baik. Ia dapat
membuatkan anda daripada terlalu sedih dan tertekan. Ia membantu anda menerima kenyataan
sedikit demi sedikit, apabila anda sudah bersedia.
Tetapi penafian ini boleh
kembali pada kemudian hari kerana ia seolah-olah lebih mudah. Menafikan
diabetes anda adalah serius dapat membuatkan anda mengelak daripada
mendapatkan penjagaan kesihatan. Ia menghalang anda daripada menerima bahawa
diabetes adalah penyakit sepanjang hayat dan kronik serta jika tidak dirawat,
ia boleh menyebabkan komplikasi. Penafian juga boleh membuatkan keluarga dan
rakan-rakan anda berpura-pura bahawa "tiada apa yang salah."
Doktor yang tidak pakar
dalam penjagaan kencing manis boleh menguatkan penafian anda. Mereka mungkin cuma
akan bercakap tentang kes "ringan" kencing manis atau hanya
memberitahu terdapat "kesan gula" dalam darah anda. Walaupun
bermaksud baik, ayat ini menghantar mesej yang salah. Apa yang anda dengar
adalah "Jangan bimbang. Diabetes anda tidak cukup serius untuk menyakiti
anda."
MENGESAN PENAFIAN
Penafian dapat dikesan
melalaui beberapa frasa. Jika anda mendengar diri anda berfikir atau mengatakan
frasa tersebut, ini bermakna anda mengelak daripada penjagaan diabetes anda.
- Satu gigitan tidak akan menyakiti.
- Sakit ini akan sembuh dengan sendirinya.
- Saya akan berjumpa doktor kemudian.
- Saya tidak mempunyai masa untuk melakukannya.
- Kencing manis saya tidak serius. Saya hanya perlu mengambil pil, bukan suntikan.
BAHAYA TERSEMBUNYI
Oleh kerana penafian
boleh menjalar ke dalam mana-mana aspek penjagaan diri untuk diabetes, ia akan
menjadi bahaya. Mana-mana penafian dapat mensabotaj penjagaan kesihatan anda.
Tidak
Memeriksa
Ia boleh menjadi satu
gangguan untuk pemriksaan glukosa darah anda secara berkala. Anda boleh membuat
keputusan anda "tahu" paras glukosa darah anda hanya dengan perasaan
anda. Tetapi meter adalah ukuran yang lebih baik untuk glukosa darah daripada
perasaan anda sendiri.
Mengabaikan
Rancangan Pemakanan Anda
Mengubah tabiat makan dan
pilihan makanan adalah sukar. Apabila doktor anda memberitahu anda untuk
berjumpa pakar diet, mengikut pelan pemakanan,
dan menukar tabiat makan anda, mungkin anda berfikir kepada diri sendiri:
- Ia terlalu mahal untuk berjumpa pakar diet berdaftar.
- Saya tidak boleh meminta keluarga saya untuk mengubah apa yang mereka makan. Saya tidak mahu makan berseorangan atau menetapkan dua hidangan.
- Tidak ada tempat untuk membeli makanan yang sihat di tempat saya bekerja.
- Ia terlalu sukar untuk membawa makan tengahari.
Makan dengan betul tidak
sesukar yang anda fikirkan. Pakar diet boleh membantu anda merancang pemakanan anda yang dapat memenuhi
keperluan peribadi anda.
Melupakan
Kaki Anda
Anda tahu anda perlu
memeriksa kaki anda setiap hari, tetapi ia mengambil masa yang terlalu lama.
Atau anda lupa. Atau anda mempunya pengankutan yang terhad dan ia terlalu sukar.
Mencuci dan memeriksa tanda-tanda masalah kaki anda setiap hari adalah penting
untuk mengelakkan kecederaan serius. Ini adalah perlu bagi anda tidak kira apa
jenis kencing manis yang anda hidapi.
Merokok
Anda mungkin memberitahu
diri sendiri, "Saya hanya mengambil beberapa sedutan." Anda boleh
mengatakan merokok mengelakkan anda daripada makan terlalu banyak. "Jika
saya keluar, saya akan menambah berat badan." Merokok dan diabetes adalah
duo maut. Merokok meningkatkan risiko anda untuk komplikasi. Berhenti merokok
adalah salah satu perkara yang terbaik yang anda boleh lakukan untuk kesihatan
anda.
MENGHADAPI PENAFIAN
Penafian adalah fitrah manusia.
Ia pasti akan timbul dari semasa ke semasa. Apabila ia berlaku, anda boleh
mengenali apa yang berlaku dan melawan balik.
Membuat rancangan - Tulis
pelan penjagaan diabetes anda dan matlamat penjagaan kesihatan anda. Faham
mengapa setiap perkara dalam pelan anda adalah penting. Menerima bahawa ia akan
mengambil masa untuk mencapai matlamat anda.
Minta bantuan - Jika anda
mendapati anda menafikan beberapa bahagian penjagaan diabetes anda, tanya pakar
diabetes anda untuk bantuan. Jika anda mempunyai masalah dengan pelan makanan
anda, bercakap dengan seorang pakar diet berdaftar. Mereka boleh membantu anda
mencari jalan penyelesaian untuk anda.
Dapatkan pertolongan
rakan-rakan dan keluarga - Beritahu rakan-rakan dan keluarga anda bagaimana
mereka boleh membantu. Beritahu mereka bahawa menggalakkan anda tidak menepati
pelan penjagaan kesihatan anda bukanlah satu kebaikan. Maklumkan kepada mereka
tentang bagaimana anda menjaga diabetes anda - mereka mungkin mahu mengamalkan
beberapa tabiat sihat anda.
No comments:
Post a Comment