SIAPA YANG BERISIKO?
- Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa pemeriksaan kehamilan.
- Berlebihan berat badan.
- Mempunyai ibu bapa yang menghidap diabetes.
- Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4 kg.
- Berumur melebihi 35 tahun.
- Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat.
- Pernah menghidap diabetes semasa kehamilan lalu.
- Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini.
- Pernah hamil bayi yang lebih besar dari usia kehamilan.
APAKAH KESAN DIABETES KEPADA IBU &
BAYI JIKA TIDAK DIRAWAT?
Kesan kepada ibu
- Hiper/hipoglikemia (kandungan glukosa yang kurang atau berlebihan dalam darah).
- Jangkitan kuman di vagina yang kerap.
- Keguguran.
- Polyhydramnios (air mentuban berlebihan).
- Preeklampsia (hipertensi teruk).
- Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang.
- Berat bayi melebihi 4 kg.
- Mati dalam kandungan (IUD).
- Hipoglikemia ( kurang glukos dalam darah ).
- Lemas ketika lahir.
- Kecederaan pada saraf di bahagian bahu.
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Jika puan menghidap diabetes sebelum
hamil, puan perlu:
- Dapatkan kaunseling pra kehamilan. Berbincanglah dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan.
- Mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada pada tahap normal.
- Memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan mendapat pemeriksaan awal kehamilan.
Semasa hamil, puan perlu:
- Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan.
- Mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan.
- Amalkan kebersihan diri.
- Ambil pemakanan yang disarankan untuk pesakit diabetes.
- Pemeriksaan paras glukosa berkala di rumah.
PUAN PERLU BERSALIN DI
HOSPITAL
Tips untuk ibu mengandung diabetik
PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN
Puan
perlu:
- Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif.
- Menyusu bayi dengan susu ibu.
- Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin.
- Mengamalkan pemakanan seimbang.
- Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan.
- Meneruskan suntikan insulin jika perlu.