Thursday 4 February 2016

PETUA TRADISIONAL UNTUK BUASIR



MAKANAN TINGGI SERAT  SAYUR-SAYURAN



CIKU
    CIKU
  • Tumbuk dan campurkan ciku yang belum cukup tua ke dalam sedikit air panas dan garam.
  • Amalkan meminum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan.

@
  • Rebus 7 biji ciku muda sebesar ibu jari.
  • Amalkan meminum air rebusan tersebut setiap pagi.



TAPAI UBI
TAPAI UBI



  • Amalkan memakan tapai yang dicampur gula pasir.




KULIT MANGGIS
    KULIT MANGGIS
  • Basuh kulit manggis dan jemur sehingga kering.
  • Rebus kulit yang telah kering di dalam 5 gelas air sehingga air tinggal kira-kira secawan sahaja.
  • Amalkan meminum air rebusan tersebut.



TOMATO HAMPIR MASAK
TOMATO
  • Goreng sebiji tomato yang hamper masak dengan sedikit minyak.
  • Biarkan sejuk dan sapu pada bahagian buasir.
  • Amalkan petua ini sehingga buasir anda pulih.



TIMUN/MENTIMUN
TIMUN

  • Keluarkan biji daripada beberapa biji timun.
  • Amalkan memakan biji timun tersebut setiap pagi dan malam.




DELIMA
DELIMA


  • Amalkan memakan buah ini.






TERUNG SUSU KAMBING
TERUNG SUSU KAMBING



  • Amalkan memakan terung ini.









MINYAK BELUT
BELUT
  • Sapukan minyak belut pada daun sirih yang telah disalai.
  • Tempelkan pada bahagian buasir.
  • Amalkan sekali setiap hari sama ada setiap pagi atau petang.




AKAR LIMAU NIPIS

  • Cuci 15-20g akar limau nipis dan 10-15g daun ungu.
  • Rebus kedua bahan dengan 3 gelas air sehingga mendidih dan berbaki 1 gelas air.
  • Amalkan meminum air rebusan tersebut ½ gelas sehari.




BAYAM DURI
 
  • Ambil daun dan batang bayam duri segar secukupnya.
  • Cuci bersih dan rebus hingga mendidih, kemudian angkat dari tempat perebusan.
  • Wap yang keluar digunakan untuk menguwapi buasir, sedangkan air rebusan yang masih panas digunakan untuk merendam buasir.         

DAUN DUDUK
DAUN DUDUK
  • Ambil 20 gram daun duduk segar, bersihkan, lalu direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit.
  • Setelah sejuk,  ditapis.
  • Minum air rebusan sekaligus.
  • Lakukan setiap hari.  





DAUN SETAWAR
DAUN SETAWAR 
  • Ambil 25 gram daun setawar segar.
  • Bersihkan lalu direbus dengan 2 gelas air hingga berbaki separuh. Setelah sejuk, ditapis.
  • Minum air rebusan sekaligus.
  • Lakukan setiap hari sehingga buasir sembuh.





KANGKUNG

KANGKUNG

  • Ambil kangkung secukupnya, bersihkan dan masukkan garam secukupnya.
  • Lumatkan sampai halus.
  • Letakkankan campuran tersebut pada bahagian yang sakit.




PEGAGA

    PEGAGA
  • Sediakan 50 gram pegaga segar bersama akarnya.
  • Cuci bersih, rebus dalam 2 gelas selama 15 minit.
  • Setelah sejuk, kemudian ditapis.
  • Minum air rebusan sekaligus.
  • Lakukan setiap hari sehingga sembuh.





JUS PRUNE
PRUNE

  • Amalkan meminum jus buah ini.







SUNKIST
SUNKIST

  • Jadikan sebagai jus yang suam.
  • Amalkan setiap pagi.







EPAL FUJI
EPAL FUJI


  • Amalkan memakan buah ini.








AIR KOSONG
AIR KOSONG


  • Minum banyak air masak setiap hari.








LIDAH BUAYA
LIDAH BUAYA
  • Rebus lendir lidah buaya bersama kunyit muda.
  • Amalkan minuman ini setiap pagi dan petang.






DAUN UNGU
DAUN UNGU
  • Bancuh 3 helai daun ungu bersama 2 cekur kunyit di dalam 1 gelas air panas.
  • Amalkan meminum bancuhan ini segelas setiap pagi dan petang.






MANJAKANI
MANJAKANI

  • Kisar kering 500g manjakani dan tampalkan pada bahagian buasir.
  • Masukkan 500g manjakani ke dalam nasi yang hampir masak dan makan sebiji sehari.







BUAH NAGA
BUAH NAGA
  • Amalkan memakan buah ini untuk melancarkan sistem pencernaan anda dan mencegah sembelit.





BELIMBING
BELIMBING
  • Amalkan memakan buah ini untuk melancarkan proses pembuangan tinja anda.







PIR HIJAU
PIR HIJAU


  • Amalkan memakan buah iniuntuk melancarkan sistem pencernaan.






SAYURAN & BUAHAN TINGGI SERAT

Amalkan sayuran dan buahan yang tinggi serat lain untuk melancarkan sistem pencernaan anda.

SAYURAN & BUAHAN TINGGI SERAT


No comments:

Post a Comment