Sunday 31 January 2016

DIABETES: PANDUAN KEHAMILAN

PANDUAN KEHAMILAN UNTUK PENGHIDAP DIABETES

SIAPA YANG BERISIKO?

  • Terdapat kandungan gula dalam air kencing semasa pemeriksaan kehamilan.
  • Berlebihan berat badan.
  • Mempunyai ibu bapa yang menghidap diabetes.
  • Pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4 kg.
  • Berumur melebihi 35 tahun.
  • Pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat.
  • Pernah menghidap diabetes semasa kehamilan lalu.
  • Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini.
  • Pernah hamil bayi yang lebih besar dari usia kehamilan.

BAYI YANG BESAR


APAKAH KESAN DIABETES KEPADA IBU & BAYI JIKA TIDAK DIRAWAT?

Kesan kepada ibu
  • Hiper/hipoglikemia (kandungan glukosa yang kurang atau berlebihan dalam darah).
  • Jangkitan kuman di vagina yang kerap.
  • Keguguran.
  • Polyhydramnios (air mentuban berlebihan).
  • Preeklampsia (hipertensi teruk).
  • Komplikasi diabetes seperti retinopati dan kegagalan buah pinggang.


KEGAGALAN BUAH PINGGANG


KESAN DIABETES PADA BAYIKesan kepada bayi

  • Berat bayi melebihi 4 kg.
  • Mati dalam kandungan (IUD).
  • Hipoglikemia ( kurang glukos dalam darah ).
  • Lemas ketika lahir.
  • Kecederaan pada saraf di bahagian bahu.



APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Jika puan menghidap diabetes sebelum hamil, puan perlu:
  1. Dapatkan kaunseling pra kehamilan. Berbincanglah dengan anggota kesihatan untuk merancang kehamilan.
  2. Mengawal dan memastikan glukos dalam darah berada pada tahap normal.
  3. Memberitahu doktor dengan segera jika hamil dan mendapat pemeriksaan awal kehamilan. 

Semasa hamil, puan perlu:
  1. Mendapat jagaan kehamilan yang rapi oleh anggota kesihatan.
  2. Mematuhi temujanji dan rawatan yang telah ditetapkan.
  3. Amalkan kebersihan diri.
  4. Ambil pemakanan yang disarankan untuk pesakit diabetes.
  5. Pemeriksaan paras glukosa berkala di rumah.

PEMERIKSAAN KEHAMILAN



PUAN PERLU BERSALIN DI HOSPITAL

Tips untuk ibu mengandung diabetik

PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Puan perlu:
  • Mengamalkan kaedah perancang keluarga yang efektif.
  • Menyusu bayi dengan susu ibu.
  • Melakukan ujian darah (MGTT) 6 minggu selepas bersalin.
  • Mengamalkan pemakanan seimbang.
  • Mematuhi temujanji dan rawatan yang ditetapkan.
  • Meneruskan suntikan insulin jika perlu.
SUNTIKAN INSULIN


CARA CEGAH DIABETES


CEGAH DIABETES



1. PANTAU BMI ANDA

PANTAU BMI


KLASIFIKASI BERAT BADAN MENGIKUT NILAI BODY MASS INDEX (BMI)

KLASIFIKASI BMI


2. MAKAN BANYAK BUAH-BUAHAN & SAYUR-    
     SAYURAN

Hadkan makanan tinggi gula, lemak dan garam.

BUAHAN DAN SAYURAN


3. BERGERAK AKTIF & BERSENAM SELALU

SENAMAN

4. HINDARI ROKOK & ALKOHOL
JANGAN MEROKOK
NO SMOKING

NO ALCOHOL

5. KETAHUI FAKTOR RISIKO YANG ADA PADA     
      ANDA

  • Berumur 30 tahun dan lebih
  • BMI 25 kg/m2 dan lebih
  • Wanita yang mempunyai sejarah diabetes ketika hamil
  • Wanita yang melahirkan bayi 4kg dan lebih
  • Menghidap hipertensi


6. JALANKAN PEMERIKSAAN SARINGAN 
     DIABETES SECARA RUTIN

Jika anda berisiko, sila jalani saringan diabetes setahun sekali.

UJIAN SARINGAN DIABETES

KLASIFIKASI UJIAN SARINGAN DIABETES

7. DAPATKAN PERTOLONGAN UNTUK 
    MENGUBAH GAYA HIDUP ANDA

  • Dapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga lain.
  • Minta bantuan daripada anggota kesihatan di klinik kesihatan terdekat.
DAPATKAN BANTUAN





Tips Mencegah Diabetes

PENGURUSAN BERAT BADAN


BERAT BADAN UNGGUL


BERAT BADAN YANG SIHAT MEMBUATKAN ANDA:
  • Kelihatan bagus
  • Merasa sihat dan bertenaga
  • Memiliki bentuk badan yang unggul


Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes.


KETAHUI BERAT BADAN ANDA
APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI BMI
Pakar kesihatan menggunakan ukuran saintifik yang dipanggil Indeks Jisim Badan (BMI) untuk mengetahui samada berat anda berada pada paras sihat atau tidak.

FORMULA BMI


BMI RANGE


BENTUK BADAN ( WAIST/HIP RATIO)

Jika pinggang anda lebih besar daripada bahagian punggung anda, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Diabetes dikaitkan dengan kelebihan berat badan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai banyak lemak badan sekitar abdomen mereka.


UKUR LILIT PINGGANG

Kajian menunjukkkan ukur lilit pinggang yang besar meningkatkan risiko anda untu menghidap diabetes.


MENGUKUR UKUR LILIT PINGGANG ANDA

UKUR LILIT PINGGANG 
  1. Berdiri tegak. Pemeriksa perlu berdiri bersebelahan individu yang diukur ketika mengukur.
  2. Ukur lilit diukur betul-betul di atas kulit. Jika tidak, ukuran boleh diambil di atas pakaian yang nipis.
  3. Ukuran diambil secara melintang pada garis tengah antara tulang rusuk terakhir dan iliac crest.
  4. Ukur lilit pinggang diukur dalam sentimeter (cm).


CARTA UKUR LILIT PINGGANGTARGET SIHAT UNTUK UKUR LILIT PINGGANG

Men < 90cm
Women < 80cm





ALTERNATIF YANG SIHAT

Jika berat badan anda menunjukkan paras melebihi normal, terdapat cara alternatif untuk pemakanan; pemakanan sihat digabungkan dengan senaman.

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

  • Pelbagai makanan seperti bijirin, ikan, buahan dan sayuran.
  • Tingkatkan pengambilan serat – makan lebih buahan, sayuran kuning dan hijau, kekacang dan bijirin.
  • Kurangkan gula berlebihan – elakkan muniman berkarbonat, kordial, biskut, kek, pencuci mulut, jem
  • Kurangkan pengambilan lemak dan kalori berlebihan – elakkan makanan bergoreng dan pilih makanan rendah lemak
  • Makan mengikut umur dan tahap aktiviti anda
  • Makan dengan kerap dan elakkan snek antara waktu hidangan


BERSENAM

Bersenam boleh didefinisikan sebagai pergerakan berulang-ulang, aktiviti yang dirancang dan berstruktur untuk mengekalkan atau meningkatkan satu atau lebih komponen kesihatan.


BAGAIMANA INGIN BERSENAM

Bersenam meningkatkan kesihatan, membantu anda tenang dan membantu mengawal berat badan anda dengan membakar kalori.

Bentuk senaman yang terbaik berdasarkan formula FITT:

JOGGINGF – bermaksud ‘Frequency’ atau kekerapan. Lakukan beberapa bentuk senaman 3 kali seminggu, contohnya, berjalan pantang, berjoging, berbasikal, berenang, aerobic

I – bermaksud ‘Intensity’  atau kesungguhan. Jika anda tidak mampu bercakap ketika bersenam, anda terlalu memaksa diri anda. Mulakan dengan perlahan dan tingkatkan kesungguhan berdasarkan kemampuan anda.

T – bermaksud ‘Time’ atau masa – berapa lama anda sepatutnya bersenam. Bersenam untuk paling kurang 15-20 minit untuk setiap sesi.


T – bermaksud ‘Type’ atau jenis – jenis aktiviti yang anda lakukan berdasarkan minat dan matlamat anda.

Pengurusan Berat Badan 
Untuk Pesakit Diabetes

Saturday 30 January 2016

PANDUAN PENGURUSAN HIPOGLISEMIA & HIPERGLISEMIA



Apa itu HIPOGLISEMIA?

Satu keadaan di mana paras GULA DARAH terlalu rendah iaitu kurang daripada 3.9 mmol/l. Ini mungkin berlaku kerana anda:

  • Terlebih makan ubat Diabetes atau menyuntik terlalu banyak Insulin.
  • Kurang makan atau terlewat makan.
  • Tidak makan selepas makan ubat atau selepas menyuntik Insulin.
  • Bersenam atau bersukan denganperut kosong.
  • Melakukan aktiviti aktiviti fizikal yang berlebihan contohnya membuat kerja rumah seperti mambasuh lantai.



TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA

TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA 


APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA HIPOGLISEMIA BERLAKU?

Langkah 1:

  1. Segera ambil minuman manis seperti setengah gelas air sirap / glukos / jus buah-buahan ataupun makanan manis seperti gula-gula / 2 sudu the gula / sirap.
  2. Selepas 15 minit, periksa semula bacaan paras gula anda.
  3. Sekiranya tiada perubahan, ulang langkah di atas. Langkah ini boleh diulang sebanyak 3 kali sahaja dalam masa 1 jam. Sekiranya masih tiada perubahan, segera ke klinik atau hospital berdekatan.


Langkah 2:

Sebaik sahaja anda berasa lebih seihat, makan makanan yang mengandungi karbohidrat dan lambat hadam seperti roti, biskut, bijirin atau nasi. Ini akan mencegah penurunan gula darah.


BAGAIMANA MENCEGAH HIPOGLISEMIA?

  • Ambil ubat mengikut dos dan waktu yang disyorkan.
  • Amalkan waktu makan yang tetap. Jika waktu makan dilambatkan, ambil sedikit makanan atau minuman dahulu sebagai alas perut.
  • Ambil makanan ringan (contoh: 2-3 keping biskut / sekeping roti tinggi serat) sebelum melakukan senaman atau bersukan sekiranya bacaan paras gula 4-5 mmol/l.


UBAT DIABETES


PERINGATAN!!
ANDA DINASIHATKAN SUPAYA JANGAN PERGI
KE MANA-MANA TANPA MEMBAWA GULA-GULA
ATAU BISKUT BERSAMA ANDA.



APA ITU HIPERGLISEMIA?

Paras gula darah akan menjadi terlalu tinggi jika anda tidak mengawal gula darah dengan baik. Keadaan inidipanggil HIPERGLISEMIA.

Paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sedangkan insulin badan tidak mencukupi apabila anda:

  • Lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.
  • Tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.
  • Tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman / infeksi, komplikasi vascular strok, serangan jantung atau menghadapi tekanan, di mana badan anda memerlukan lebih banyak suntikan insulin.
  • Tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.
  • Memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti psychotic.

 BERSENAM

TANDA-TANDA HIPERGLISEMIA

TANDA-TANDA HIPERGLISEMIA


APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA HIPERGLISEMIA BERLAKU?

  1. Imbangkan pengambilan makanan, senaman dan ubat untuk memperoleh kawalan gula darah yang baik.
  2. Jika anda mengalami pernafasan yang cepat, mengantuk atau bau nafas anda seperti buah (ketotic breath), segera hubungi klinik/hospital berdekatan.


BAGAIMANA MENCEGAH HIPERGLISEMIA?

  • Ambil ubat seperti yang diarahkan doctor.
  • Patuhi rancangan pemakanan anda.
  • Bersenam sekurang-kurangnya lima kali seminggu (20-30 minit setiap sesi)
  • Minum air dengan secukupnya.
  • Awasi kesihatan anda dengan membuat ujian paras gula darah secara berkala.
  • Merawat infeksi/jangkoitan kuman dengan cepat seperti infeksi di kulit, respiratori dan saluran air kencing.

PERIKSA GULA DARAH 
 PIRAMID MAKANAN



PANDUAN PENJAGAAN KAKI



PENJAGAAN KAKI DIABETES





KENAPA PERLU MENJAGA KAKI?
  • Mengelakkan kerosakan saraf dan salur darah
  • Mengelakkan kecederaan tanpa disedari
  • Membolehkan luka sembuh dengan cepat
  • Mengelakkan amputasi jari/kaki
  • Mengelakkan jangkitan kuman dan tisu mati (gangrene)



LANGKAH-LANGKAH
PENJAGAAN KAKI


DIABETES: BASUH KAKI 

Basuh kaki menggunakan sabun terutama di celah jari-jari kaki setiap hari.





DIABETES: JANGAN RENDAM KAKI



Jangan merendam kaki anda melebihi dari 5 minit di dalam air panas.




DIABETES: SAPU LOSYEN


Sapukan losyen pelembut supaya kulit anda lembut kecuali di celah-celah jari.





DIABETES: KERINGKAN KAKI


Keringkan kaki anda dengan tuala bersih terutama di celah-celah jari kaki.




DIABETES: URUT KAKI


Selalulah mengurut kaki anda termasuk jari-jari dengan tangan secara perlahan-lahan.




DIABETES: REHATKAN KAKI


Luangkan beberapa minit sehari berbaring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras yang lebih tinggi dari badan.




DIABETES: ELAKKAN BERKAKI AYAM


Elakkan berkaki ayam ketika berada di luar atau di dalam rumah bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda-benda tajam atau panas.




DIABETES: PEMERIKSAAN KASUT



Sebelum memakai kasut, lakukan pemeriksaan bagi mengelakkan bahan yang boleh mencederakan kaki.




DIABETES: KASUT YANG SESUAI


Pakai kasut mengikut saiz yang sesuai. Pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda.





DIABETES: JANGAN BERSILANG KAKI 

Jangan duduk menyilang kaki untuk jangka masa yang lama. Ini mungkin menyebabkan regangan saraf dan symptom kebas.





Penjagaan Kaki Pesakit Diabetes

PANDUAN RAWATAN & UBATAN


UBATAN DIABETES


JENIS DIABETES/PANDUAN RAWATAN
Jenis 1
Rawatan Insulin sahaj kerana kerosakan pancreas disebabkan penyakit autoimun
Jenis 2
Rawatan Terapi Oral atau insulin atau kedua-duanya sekali bergantung kepada tahap penyakit
GDM (bagi ibu mengandung)
Rawatn insulin dalam majority/kebanyakan kes, Rawatan Terapi Oral boleh digunakan mengikut kes-kes tertentu
*Terapi Oral = ubat tablet
*Terapi Insulin = suntikan insulin


CONTOH-CONTOH JENIS UBAT
Jenis Ubat
Nama Generik
Nama Jenama
Kesan Sampingan
Sulfonylurea
Glibenclamide
Daonil
Gejala hipoglisemia seperti:
-berasa kebas di
 bibir dan lidah
-loya
-menguap
-kekeliruan
-risau
-berpeluh
-sawan
-menggigil
-rasa lapar yang
 keterlaluan
Gliclazide
Diamicron Melicron
Glimepiride
Amaryl
Biguanide
Metformin
Glucophage
-loya
-muntah
-cirit-birit
-buang angin
Thiazolidine-diones
Rosiglitazone
Avandia
-pengumpulan air
 dalam badan
-bengkak kaki
-berat badan
 bertambah
-kegagalan fungsi
 jantung
Insulin
Insulin Human Isophane (NPH)

Insulin Human Regular
Actrapid
Humalog
Humulin
Insulatard
Mixtard
Novo rapid
-hipoglisemia
-penambahan berat   
 badan
-hipersensitiviti
 kulit
-lipodistrophy


PERINGATAN


*Jangan tambah atau gandakan dos ubat anda
*Jangan berhenti mengambil ubat sewenang-wenangnya
*Maklumkan kepada doctor (pegawai perubatan) tentang   
  ubatan anda.
*Bawa gula-gula apabila keluar dari rumah. Bincang dengan
  doktor anda jika berpuasa.



TERAPI INSULIN
JENIS-JENIS INSULIN ADALAH BERDASARKAN
KEPADA JANGKA MASA TINDAKAN

Jangka Masa Tindakan
Jenis
Pendek
Konvensional (Short Acting)
-Actrapid
-Humulin R

Analog (Rapid Acting)
-Novorapid
-Lispro
-Apidra
Panjang
Konvensional (Intermediate Acting)
-Insulatard
-Humulin N

Analog (Long Acting)
-Lantus
-Levenir
Kombinasi Pendak & Panjang
Konvensional
-Mixtard
-Humulin 30/70

Analog
-Novomix
-Humalog Mix


Cara penyimpanan insulin
Insulin hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Insulin akan rosak jika:
-Terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari
-Terdedah kepada suhu tinggi
-Disejukbekukan

Perhatian!!!
UBAT INSULIN DI DALAM PEN TIDAK PERLU DISIMPAN DI DALAM PETI SEJUK

JANGAN GUNA INSULIN JIKA
TELAH BERUBAH WARNA

JAUHKAN INSULIN DARIPADA CAHAYA MATAHARI
JAUHKAN DARIPADA
CAHAYA MATAHARI
LETAKKAN INSULIN SECARA MENDATAR
DILETAK SECARA
MENDATAR
PENJAGAAN INSULIN
LETAK DI RUANG DINGIN
BUKAN BEKU
BAHAGIAN SUNTIKAN INSULIN
Bahagian suntikan insulin
-Sekitar perut (penyerapan paling pantas)
-Lengan (penyerapan sederhana)
-Peha (Penyerapan sederhana)
-Punggung (penyerapan paling lambat)


Cara menyuntik
-Dial/putar doa yang diperlukan
-Goncang ubat dengan perlahan jika diperlukan (contoh:insulin  
  kombinasi dan tindakan panjang)
-Tukar tempat suntikan setiap kali menyuntik (jarakkan dengan 2 jari
  untuk dewasa, dan 3 jari untuk kanak-kanak)
-Suntik dalam keadaan tegak (90o) hingga jarum masuk sepenuhnya
-Selepas suntikan, biarkan sehingga 10 saat sambal menahan dengan
  jari sebelum jarum/pen dikeluarkan
-Tukar jarum suntikan selepas setiap kali digunakan


Rawatan Diabetes